Welcome to my blog ✿ 101 expressions ✿ Is your favourite colour blue? Do you always tell the truth?♫ Do you believe in outerspace? ♫ And im learning you ♫Is your skin as tanned as mine? ♫ Does your hair flow sideways? ♫ Did someone took a portion of your heart? ♫ And im learning you ♫ And if you dont mind ♫ Can you tell me All your hopes and fears ♫ and Everything that you believe in ♫ Would you make a difference in the world ♫ I'd love for you to take me to a deeper conversation ♫ Only you can make me ♫ I let my guard down for you ♫ And in time you will too ♫

Monday, August 26, 2013

Hati mati.

Cinta aku indah penuh dengan fantasi.
Tak aku impikan bulan dan bintang menghiasi malam
Biarlah gelap malam menemani
Semoga menedekatkan diri kepada Tuhan
Menjadi hamba yang tak lalai.

Siapakah kau ? 
Apa yang kau mahu ? 
Pergi jauh kalau hanya untuk menyakiti.
Hidup bukan lah seperti yang kau atur
Kau bukan Tuhan.

Jangan menangis bila karma datang menyapa hidup kau.
Kerana kau manusia biasa. 

Sunday, August 11, 2013

Bukan dia kali ni, 
Cukup lah.
Penat.
Putus asa.

Friday, August 9, 2013

Forgiveness

Assalamualaikum :)
selamat hari raya maaf zahir dan batin :D
berkesempatan jugak sambut raya tahun ni. misi untuk habiskan satu Al quran dalam bulan Ramadhan masih lagi belum tercapai. terbayang jugak macam mana hebat dulu masa sekolah sempat habiskan. mungkin faktor persekitaran mungkin. tak guna jugak kalau nak salah kan benda lain ;)

so , where should i begin.
cuti raya. semenjak belajar kat PPUM paling lama cuti pun 2 weeks. itu pun lepas naik cuti confirm ada exam or apa apa lah yang kena balajar. 
hari selasa dah boleh balik yeay!  itu pun sebab kami anjakkan class. class boleh ditukar ikut kesesuaian lecturer dan student :)
for the very first time beli tiket dulu sebelum balik. nama pun balik raya mesti lah ramai orang , tiket confirm habis awal kan. so pukul 2 lebih masih lagi di PPUM tiket pukul 3.15.
agak malang bila aku lambat 10 minit dah kena tinggal bus. OMG !

masa tu duit kt Bank tingga; rm2.69. HAHA. well , aku agak kurang sikit dari segi penyimpanan wang. masih dalam latihan lagi. so , takde sape yang aku kenal kt TBS tu. nasib baik kawan aku tolong. Alhamdulillah :)
memandangkan takde tiket lagi , aku terpaksa ambik jalan jauh untuk balik. naik KTM sampai seremban then bus sampai Tampin. kesian jugak. 
for sure lah mak aku marah gila. lagi takut kena marah dengan mak dari kena tinggal bus. 
HAHA.
Alhamdulillah :) sampai jugak aku kat rumah dengan jayanya ! 

sehari sebelum raya aku pun sama macam anak yang lain menyumbangkan beberapa tenaga. letih jugak tolong kemas rumah , rumah nenek lagi. tapi takpe tahun ni aku ada mood sikit nak berkemas.
HAHA.
well. family aku takde lah besar mana. something just happened. and i hate it. 
kerana ego manusia tewas. 
aku rindukan suasana dulu , semua berkumpul bawah satu bumbung , seronok sangat !
tapi , semua tu tak mungkin terjadi lagi. 
buruk mana pun , keluarga tetap keluarga. 

hari raya pertama.
tak semeriah yang aku idamkan. 
agak hambar. kenapa ? entah lah :')
sedih. memang sedih. tapi nak luahkan pada siapa. 
takde siapa sudi mendengar.
aku pendamkan. mungki itu lebih baik :')

aku teringin nak rapat degan cousin cousin. jujur aku cemburu dengan orang yang ada hubungan yang rapat dengan saudara. entah kenapa aku tak rasa benda macam tu :(
sedih. tapi macam mana nak mula kalau takde sokongan dan dorongan. 
macam biasa semua aku pendam :)
sempena bulan yang baik ni. aku hapuskan segala yang aku pendam supaya tak menjadi dendam. ku ukirkan senyuman walaupun tak semanis mana. 

hargailah kelurga. apa guna ego menggunung tak bawa ke mana. 
itu semua bergantung pada hati. sejernih mana hati anda ? setenang mana hati anda sewaktu di timpa kesusahan ? semoga Allah memberkati kalian :)

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN :)

aku maafkan kalian :)