Welcome to my blog ✿ 101 expressions ✿ Is your favourite colour blue? Do you always tell the truth?♫ Do you believe in outerspace? ♫ And im learning you ♫Is your skin as tanned as mine? ♫ Does your hair flow sideways? ♫ Did someone took a portion of your heart? ♫ And im learning you ♫ And if you dont mind ♫ Can you tell me All your hopes and fears ♫ and Everything that you believe in ♫ Would you make a difference in the world ♫ I'd love for you to take me to a deeper conversation ♫ Only you can make me ♫ I let my guard down for you ♫ And in time you will too ♫

Sunday, March 24, 2013

upside down

argh !
stresssssssssssssssssss!
jerawat pun dah bermaharaja lela dekat muka.assignment banyak , presentation lagi project charity lagi. ohhhhmaiiiiii~ 
aku mengaku yang mentaliti , jiwa raga aku memang kurang stabil sekarang.
banyak perkara yang aku rasa tak masuk akal terjadi. tak semua hati kuat menerima.
kadang kala aku rasa perlu luahkan semua yang ada. Persoalannya di mana dan pada siapa.
ohh Tuhan.

Masalah manusia. penat. letih. Segala perasaan bercampur baur. Apa rupa entah lah. 
Dugaan kali ini lagi hebat. Bukannya tak pernah merasa sakit macam ini , tetapi kenapa diri masih lagi tak kuat , tak mampu nak menanggung semua. Padahal pernah terjadi.
Aku anggap ini semua karma. Karma ? boleh ke percaya ? Entah. Mungkin aku lebih percaya pada Qada' dan Qadar Allah. Aku tak salah kan sesiapa dalam situasi ini. Mungkin salah aku sendiri kerana gagal mengawal emosi. Emosi. Bagi aku itu sesuatu yang subjektif , tapi boleh di kawal. Susah atau senang bergantung pada individu itu sendiri.

Malang.
apa yang buat aku rasa diri aku malang ? Bila aku tak dapat sesuatu atau sesuatu yang di luar jangkaan berlaku secara tiba-tiba. Jarang sekali aku fikirkan mati atau segala perkara negatif. Bagi aku itu semua akan merosakkan emosi aku. Bila salah satu terjadi , susah untuk aku terima sebab aku tak pernah terfikir itu akan terjadi. Hambar. 

Jatuh.
Masa aku cuba hendak bangun , kenapa kau hadir kalau hadir kau bukan untuk selamanya.
Apa hikmahnya kau hadir dalam hidup ? penjelasan. Itu yang sangat aku harapkan. 
Aku jatuh lagi kali kedua saat aku sedanf cuba bangun. Mungkin kau tak tahu betapa sukarnya aku jalani hidup. Apa kau fikir aku gembira ? Mungkin secara fizikalnya , tapi mentaliti aku masih lagi di takuk lama. Sedikit pun tidak berubah. Salah siapa ? Diri aku sendiri. Aku yang membenarkan semua rasa itu hadir.

Benci.
Ya , aku hampir benci pada diri aku. Itu mungkin sementara. Sampai nanti aku pulih kembali. Satu aku pinta , pertolongan kau telah terlambat. Itu semua palsu. Aku tidak membenci , cuma maaflah aku meluat. Tidak perlu kita bertemu , cukup kau tahu yang aku maafkan kau. 

Baik.
Terlalu baik orang pijak kepala. Apa kau tidak ada hati ? . Mungkin ada , tapi hati itu dimana ? dimana kau letak? . Tidak mengapa.Ini bukanlah pengakhiran bagi aku. Aku akan teruskan hidup. Terima kasih atas segalanya :)

Bangkit.
baiklah , kenapa perlu aku bersedih. ini hidup aku. masa hadapan siapa yang tahu.
Allah , berkatilah hidup aku ini. 
aminnn...