Alhamdulillah. Umur masih panjang untuk sambut bulan mulia tahun ni.
Terima kasih Allah :)
Jujur terlalu banyak kesedihan dihati. Hampir tak tertanggung oleh badan apatah lagi hati yang seumpama tisu. Mudah koyak mudah pula terbang.
Kemana hendak diluahkan ?
Manusia ? Bunga ?
Entah lah.
Aku diamkan semua. Cuma.
Kadang kala terluah oleh deretan air mata. Tak tertahan apatah lagi menanggung.
Sakit. Memang sakit.
Tak tahu mana hendak mula. Tapi biarlah cepat berakhir.
Pengahiran lagi bermakna dari permulaan.
Hati.
Aku nenerima kau sebagai mana kau datang meminta. Aku memberi. Kenapa tak menghargai ?
Apa lagi yang kau mahu dalam hidup kau wahai hati ?
Entah lah. Selagi boleh bersabar akan aku cuba pertahankan hati ini.
Mulut manusia.
Tolong lah berhenti menilai manusia dari mata kau yang keruh.
Biarkan mereka hidup atas dunia mereka.
Tolong berhenti.
Cukup.
Allah tahu apa yang terbaik.
Tiada tempat yang setiasa diterangi cahaya.
Cahaya itu ada.
Suluhkan lah kegelapan itu dengan cahaya dari hati.